Sunday 30 October 2011

Sabarlah Wahai Hati


Aku lahir ke atas dunia dengan izin MU.
Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada.
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku.


Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa.
Aku terbit di tengah masyarakat Islam.
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka.
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat islam bersinar semula.


Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka.
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini.
Generasi seusiaku yang sakit.
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu.
Sibuk dengan cinta yang penuh noda.


Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna.
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna.
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa.
Dan tugasku adalah berusaha.


Gagal jatuh, dicela tak diterima itu perkara biasa.
Aku terus berdoa agar aku di tetapkan hati.
Bukan nilaian harta yang aku cari.
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia.
Cukuplah REDHA MU sebagai harga.


Bantulah hamba MU ini.
Sedarkan semula generasiku ya RABB.
bangunkanlah semula ummat ini.
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti.


"Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik"
yusuf:108

1 comment:

  1. Pada zaman khalifah Umar bin Khatab,beliau pernah suatu ketika memerintahkan pasukannya ke medan perang sambil berpesan:“Aku lebih takut dosa-dosamu dari pada musuh-musuhmu. Karena kalau kamu berdosa maka ALLAH akan membiarkan kamu kepada musuh-musuhmu“.

    ReplyDelete