Saturday 8 August 2015

Kami Pengedar Bebas Shaklee

Assalamualaikum
Saya Nor Shaheera Shahrom dan suami Muhammad Zaki Ismail adalah pengedar bebas Shaklee pilih ramai.

Kenapa meteka memilih kami?
  * Berwawasan
  * Berdaya saing
  * Rajin
  * Pakar Set Hamil dan Set Berpantang
  * Berilmu mengenai produk
  * Cepat dan tepat
  * Banyak testimoni yg positif
  * Kumpulan yg besar untuk membantu

Set yang laris dijual
  ° Set Kurus Bajet
  ° Set Bersalin normal/ ceaser
  ° Set Kulit Cantik
  ° Set Sendi
  ° Set migrain
  ° Set Resdung
  ° Set Berpantang
  ° Set Kencing Manis
  ° Set Penyusuan
  ° Set Darah Tinggi
  ° Set Kanak- Kanak

SID 1155475
SMS/WA 0125407584
FB NOR SHAHEERA SHAHROM

Monday 24 June 2013

Perkahwinan Dalam Islam

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

(ar-Ruum:21)
Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia
Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan
Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '
(An-Nisa':1)
Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.
(Sumber dari JAKIM)

Sunday 30 October 2011

Sabarlah Wahai Hati


Aku lahir ke atas dunia dengan izin MU.
Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada.
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku.


Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa.
Aku terbit di tengah masyarakat Islam.
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka.
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat islam bersinar semula.


Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka.
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini.
Generasi seusiaku yang sakit.
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu.
Sibuk dengan cinta yang penuh noda.


Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna.
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna.
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa.
Dan tugasku adalah berusaha.


Gagal jatuh, dicela tak diterima itu perkara biasa.
Aku terus berdoa agar aku di tetapkan hati.
Bukan nilaian harta yang aku cari.
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia.
Cukuplah REDHA MU sebagai harga.


Bantulah hamba MU ini.
Sedarkan semula generasiku ya RABB.
bangunkanlah semula ummat ini.
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti.


"Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik"
yusuf:108

Saturday 27 August 2011

Menyokong Pemimpin Zalim




Muqaddimah 

Apabila orang Islam menganggap persoalan politik ialah sesuatu yang tiada kaitan dengan Islam, maka mereka menyerahkan kuasa kepada sesiapa sahaja yang mereka suka dengan perhitungan nafsu tanpa melihat kepada tuntutan-tuntutan agama. Hasil dari sikap, ini maka individu serta golongan yang jahat dan zalim menguasai tampuk pemerintahan. Golongan ini menganggap kuasa adalah sumber dan lesen untuk mereka melakukan apa sahaja tanpa merasa takut kepada amaran-amaran Allah. Politik dijadikan modal untuk mengaut kekayaan dan harta serta melakukan jenayah dan kezaliman ke atas orang lain. Ini adalah politik yang diwarisi daripada Fir`aun dan kuncu-kuncunya. 
Firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 4:
Maksudnya : Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan.

Sekiranya Fira`un membunuh anak-anak lelaki di kalangan Bani Israil kerana bimbang tergugat kuasa dan politiknya demikian juga para pewaris menghapus dan menghancurkan segala musuh politiknya yang boleh menggugat sistem kezaliman dan kekejaman yang dihidupkan.
Para `ulama - seperti yang disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari- menamakan Abu Jahl sebagai فرعون هذه الأمة (Firaun bagi umat ini) kerana sikapnya yang menentang kebenaran dan zalim. Sebenarnya Fir`aun adalah gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang memerintah Mesir kuno. Abu Jahl bukan pemerintah negeri Mesir dan beliau juga tidak membunuh anak-anak lelaki Quraish atau Bani Israil namun sikapnya yang bangkit melakukan kezaliman dan mengepalai penentangan terhadap kebenaran melayakkan beliau dianugerahkan gelaran berkenaan. Demikianlah sesiapa yang mewarisi sikap itu maka mereka adalah Fir`aun sepanjang zaman.
 
Amaran Rasulullah s.a.w.Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga.

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)[1]
Rasulullah s.a.w. utusan Allah yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak bercakap dengan hawa nafsu. 

Firman Allah dalam Surah an-Najm ayat 3-4:
Maksudnya : Dia (Muhammad) tidak bercakap berdasarkan hawa nafsunya. Segala yang diucapnya adalah wahyu yang diwahyukan.

Dengan wahyu Allah, Allah telah mengkhabarkan kepada NabiNya tentang keadaan-keadaan yang bakal berlaku selepas ketiadaan baginda. Antaranya, akan wujudnya para pemimpin yang zalim dan penipu. Sesiapa yang menyokong mereka maka Nabi s.a.w. tidak mengakuinya sebagai pengikut baginda dan tidak akan meminum telaga di syurga, dalam kata lain tidak memasuki syurga melainkan diazab di atas jenayah sokongan mereka kepada para pemimpin jenis tersebut. Sesiapa yang tidak menyokong dan menolong para pemimpin yang zalim dan pembohong maka dia adalah pengikut Nabi dan akan memasuki syurga.

Mukmin yang sebenar akan bimbang dan merasa takut dengan amaran ini. Tidak mengapa seseorang dipecat dari menjadi ahli sesuatu pertubuhan, tetapi yang yang sangat bahaya dan menakutkan apabila kita dipecat dari menjadi pengikut Nabi s.a.w. Di manakah golongan ini akan berhimpun di akhirat jika Nabi s.a.w. tidak menerima mereka sebagai pengikutnya? Sesungguhnya asas utama kezaliman pemerintahan yang wujud sekarang adalah kerana tidak melaksanakan syariat Allah. 

Firman dalam Surah al-Maidah ayat 45:
Maksudnya : Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang zalim.

Dengan kezaliman yang asas ini para pewaris Fir`aun menambahkan lagi kezaliman demi kezaliman. Membolot harta rakyat dan menzalimi setiap yang bangun menasihatinya.

Larangan Menyokong Puak Yang Mungkar

Firman Allah dalam Surah al-`An`am, ayat 68 :
Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Kata al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak dihalalkan duduk bersama ahli mungkar”[2]
Duduk bersama golongan mungkar tidak dibenarkan apatah lagi menyokong, membantu dan menolongnya.

Firman Allah dalam Surah an-Nisa` ayat 140:
Maksudnya:Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini: “Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka.”
Katanya lagi: “Firman Allah إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat (menderhakai Allah) dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini[3]
Sesiapa yang terus menyokong golongan atau pemimpin yang melakukan kejahatan dan kezaliman serta mempermainkan ayat-ayat Allah, maka sesungguh dia sama-sama menanggung dosa dengan pemimpin tersebut. Mungkin dia berkata, saya tidak menzalimi orang lain, atau mempersendakan agama tetapi sekadar menjadi ahli biasa parti sahaja, sedangkan pemimpinnya zalim dan jahat maka dia turut menanggung dosa. 

Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67
Maksudnya : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.


Demikianlah halnya ahli neraka yang dahulu menjadi pengikut setia para pemimpin yang melanggari ajaran Allah dan RasulNya. Mereka yang taat dan terus setia sehingga akhirnya mereka dihumbankan ke dalam neraka.


Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:
Maksudnya:Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Menyokong Yang Zalim Adalah Asobiyyah


Adalah sangat pelik, apabila kezaliman yang begitu jelas dan nyata sehingga golongan bukan Islam pun menyatakannya zalim tetapi masih ada yang mengaku muslim terus menyokongnya. Kononnya kerana mempertahankan keutuhan parti, warisan dan seumpamanya. Ini adalah bisikan syaitan dan bicara seorang yang tiada pegangan aqidah serta keyakinan terhadap petunjuk agama.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:Sesiapa yang berperang dibawah “bendera buta” dan menyeru kepada `asabiyyah atau marah kerana `asabiyyah maka kematianya adalah jahiliyyah.
(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)


Kata as-Sindi dalam mensyarahkan hadith-hadith Sunan Ibn Majah: “Lafaz راية عمية (bendera buta) ialah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.” [4]
 

Sekiranya berjuang dalam keadaan yang tidak tahu benar atau salah dianggap mati dalam jahiliyyah, apatah golongan dan individu yang mempertahankan pemimpin yang terang-terang zalim dan jahat.Ini adalah sikap yang lebih jahiliyyah. Golongan jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi s.a.w. terkenal dengan sikap mempertahankan puak sekalipun bersalah. Jahiliyyah moden juga demikian. Mereka terus mempertahankan seseorang pemimpin yang zalim sekalipun mereka sedar dia zalim semata-mata kerana parti yang didokong. Maka golongan ini mati jahiliyyah, seperti matinya pendokong-pendokong jahiliyyah yang lalu.


Dalam menjelaskan maksud `asabiyyah, 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Maksudnya:`Asobiyyah itu kamu menolong kaummu atas kezaliman
(Hadith ini riwayat Abu Daud. Kata Ibn Muflih ابن مفلح dalam al-Adab as-Syar`iyyah, hadith ini hasan. Ini disokong oleh Syu`ib al-Arnaud dalam tahqiqnya kepada kitab tersebut)[5]
 

Golongan asabiyyah membukti dan mengamalkan `asabiyyah apabila mereka terus menyokong seseorang sekalipun zalim dan menindas. Golongan ini mati seperti mati seorang yang tidak berpegang kepada Islam sebaliknya berpegang kepada dasar jahiliyyah. Semoga Allah jauhkan kita dari termasuk dalam golongan ini. amin..
 

Semua Wajib Mencegah Mungkar 


Kezaliman adalah kemungkaran. Wajib bagi setiap individu muslim mencegahnya. Sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya muslim maka kewajipan ini mesti dilakukannya. 


Ini bagi meyahut sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:Sesiapa yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith di atas membuat contoh seperti berikut: “Apabila seseorang melihat insan lain membeli barangan yang rosak atau seumpamanya lalu dia tidak membantah dan memberitahu pembeli maka ini adalah kesalahan yang jelas. Pada ulama telah menetapkan bahawa wajib sesiapa yang menyetahui perkara seperti ini membantah penjual dan memberitahu pembeli”[6]
Sekiranya dengan hanya melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak, wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya, apatah lagi jika kita melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan yang rosak, jahat dan zalim. Sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi lebih besar dari mengingatkan seorang pembeli. Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamat individu dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan umat dari binasa.


Undi Mempunyai Nilai Besar Dalam Islam


Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat.Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid. Inilah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak diajar tentang Islam yang tulen.


Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya : Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimat yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir, maka kerananya dia jatuh ke dalam neraka jahannam
(Riwayat al-Bukhari)
 

Sabda baginda juga:
Maksudnya : Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sabda baginda juga:
Maksudnya : Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.
(Riwayat Malik dalam al-Muwatta` dan al-Tirmizi, katanya hasan sahih)


Sufyan bin `Uyainahسفيان بن عيينة menyebut: “Hadith ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkainya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman”[7]Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya. Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak. Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini. 


Muslim Sensitif Dengan Kezaliman

Seseorang muslim hidupnya berdaulat dan merdeka. Mempunyai kekuatan menilai dan membenci kezaliman serta kejahatan. Rasulullah s.a.w. telah mendidik para sahabah agar perasaan anti-kezaliman itu hidup dalam setiap muslim.


Dalam sebuah hadith :
Maksudnya:Daripada Jabir katanya: Apabila para muhajirin Habsyah pulang ke pangkuan Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Mengapa tidak kamu ceritakan kepadaku perkara-perkara pelik yang kamu telah lihat di bumi Habsyah?. Kata seorang pemuda dari kalangan mereka: “Bahkan wahai Rasulullah!. Suatu ketika tatkala kami sedang duduk tiba-tiba lalu seorang wanita tua dari kalangan orang-orang tua rahib mereka. Dia membawa di atas kepalanya bekas tembikar yang berisi air. Kemudian dia melalui seorang pemuda, pemuda itu meletakkan satu tangannya di atas belakang wanita berkenaan lalu ditolaknya sehingga wanita itu tersungkur di atas lututnya dan bekas tembikar itu pecah. Apabila wanita itu bangun dia menoleh ke arah pemuda itu dan berkata: “Wahai pengkhianat! Nanti engkau akan tahu, ketika Allah meletakkan kursiNya dan dihimpunkan yang terdahulu dan terkemudian, bercakap segala tangan dan kaki di atas apa yang mereka lakukan, nanti engkau akan tahu bagaimana kedudukanmu dan aku aku di sisiNya nanti” . Sabda Nabi s.a.w: Dia benar! Dia benar!. Bagaimanakah Allah memuliakan suatu umat yang tidak membela golongan yang lemah dari ditindas oleh golongan yang kuat!
(Riwayat Ibn Majah, kata Ma’mun Syiha sanadnya sahih) [8]


Lihatlah para sahabat, mereka begitu sensitif bila sahaja melihat kejahatan dan penganiayaan. Terus sahaja terlekat dalam minda mereka dan membencinya. Rasulullah s.a.w. pula dalam ulasan terhadap kisah itu, membenarkan ucapan wanita itu dan menyatakan bahawa kemuliaan dan ketinggian tidak akan diberikan Allah kepada suatu umat atau bangsa yang membiarkan orang yang kuat bermaharajalela, menindas yang lemah dan tidak berupaya. Demikian indahnya sikap masyarakat Islam yang dibentuk oleh Nabi s.a.w. Masyarakat yang hidup dan peka terhadap persekitarannya, bukan yang mati dan membiarkan apa sahaja berlaku.


Akhirnya…


Dengarlah amaran Allah terhadap golongan yang zalim. Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 42-43
Maksudnya : Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).


Golongan zalim akan mengadap Allah dengan kemurkaanNya. Demikian juga para pengikut dan penyokong mereka juga akan dihadapkan atas jenayah sokongan terhadap kezaliman. Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan yang zalim, sama ada dengan suara, perbuatan atau undi anda.
_____________________________________
[1] Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, jld. 5, m.s. 248, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Lubnan
[2] Ahkam al-Quran, jld. 2, m.s. 260, cetakan Dar al-Fikr
[3] . Tafsir Ayat al-Ahkam, jld. 5, 418, Dar al-Fikr, Beirut
[4] Syarh Ibn Majah jld. 4, m.s. 326, cetakan Dar al-Ma’rifah, Lubnan
[5] al-Adab as-Syar`iyyah, jld 1, m.s. 81, cetakan Muassasah ar-Risalah
[6] Syarah Sahih Muslim, jld. 1, m.s. 219, cetakan Dar al-Khair, Beirut
[7] Tuhfah al-Ahwazi, oleh al-Mubarakfuri, jld. 7, m.s. 21, cetakan Dar al-Fikr, Beirut
8] Syarah Ibn Majah oleh as-Sindi tahqiq Ma’mun Syiha jld. 4, m.s. 363

Tuesday 23 August 2011

Mengenal Tiga Jenis Hati Manusia



Hati secara fisik berarti organ badan berwarna kemerah-merahan di bagian kanan atas rongga perut. Gunanya untuk mengambil sari-sari makanan di dalam darah dan menghasilkan empedu yang berfungsi untuk mencerna lemak. Selama sari makanan yang diserapnya sehat, akan sehat pula fisik hati itu. Kemudian secara psikis, hati bisa bermakna sebagai sesuatu yang terkandung di dalam tubuh dan menjadi tempat segala perasaan batin; senang, sedih, suka, benci, sabar, dendam, rasa pengertian, dsb.

Suasana hati ( mood) itu dapat mempengaruhi perilaku atau penampilan diri. Hati yang senang akan menampakkan keceriaan, hati yang sedih akan menampakkan kemurungan, hati yang benci akan menampakkan kesinisan bahkan bengis, dsb. Di sinilah perlu bimbingan bagi psikis hati. Dienul Islam --yang mengajarkan pola hidup sehat untuk santapan jasmani dan pola hidup takwa sebagai santapan rohani-- membahagi hati ke dalam tiga jenis. 

Pertama, qalbun mayyitatau hati yang mati. Refleksi dari hati yang mati adalah sifat sombong dan meremehkan kebenaran. Inilah perilaku yang tercermin pada orang kafir. Ketertutupan dan kekerasan hatinya tidak akan bisa menerima cahaya kebenaran Islam.

Jenis hati yang kedua adalah qalbun maridl. Inilah hati yang sakit. Merasa sedang mencari jalan selamat, tapi sebenarnya celaka. Misalnya, ibadah diwarnai bid'ah atau me-nyelewengkan ayat-ayat Alquran menjadi mantra untuk pemenuhan hawa nafsu belaka.

Sifat munafik termasuk hati yang sakit ini. Sebagaimana firman Allah, yang artinya: ''Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata: 'Kami telah beriman'. Tetapi apabila mereka kembali kepada setan-setan (para pemimpin) mereka, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok'.'' (QS Al-Baqarah [2]: 14).

Ketiga, qalbun salim atau hati yang selamat. Ia selalu condong pada kebenaran dengan hanya mengikuti ajaran Islam berdasarkan Alquran dan hadis. Firman Allah SWT, yang artinya: ''Hanya ucapan orang-orang mukmin, yang apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, mereka berkata: 'Kami mendengar dan kami taat'. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.'' (QS An-Nur [24]: 51).

Dari uraian singkat di atas, mari kita introspeksi: di manakah posisi hati kita? Bertekadlah 'pindah ke lain hati' atau 'hijrah hati' -- dari qalbun mayyitdan qalbun maridlke qalbun salim-- untuk mendapat keridoan Allah SWT.

Menajamkan Mata Hati



Suatu hari Baginda Rasulullah SAW melewati seorang sahabat yang sedang membaca Alquran. Sampailah ia pada ayat yang artinya: Jika langit terbelah dan memerah seperti kulit merah (TQS ar-Rahman [55]: 37). Seketika tubuhnya gemetar dan ia menangis lalu berkata, “aduh, apa yang bakal terjadi dengan diriku sekiranya langit terbelah (terjadi kiamat)? Sungguh malang nasibku!” Mendengar itu, Nabi SAW bersabda, “Tangisanmu menyebabkan para malaikat pun turut menangis.”
Dikisahkan pula, Abdullah bin Rawahah ra suatu ketika tampak sedang menangis dengan sedihnya. Melihat itu, istrinya pun turut menangis hingga Abdullah bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Istrinya menjawab, “Melihatmu menangis, itulah yang menyebabkan aku menangis.” Abdullah bin Rawahah ra lalu bertutur, “Saat aku membayangkan bahwa aku bakal menyeberangi shirâth, aku tidak tahu apakah aku akan selamat atau tidak. Itulah yang membuatku menangis.” (al-Kandahlawi, Fadhâ’il A’mâl, hlm. 565.)
Kisah-kisah semacam ini yang menggambarkan rasa takut para sahabat, juga generasi salafush-shalih, terhadap azab Allah SWT sangatlah banyak. Wajarlah jika mereka adalah orang-orang yang selalu bersungguh-sungguh dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dan dalam menjauhi kemaksiatan kepada-Nya karena begitu dahsyatnya rasa takut mereka kepada-Nya. Benarlah Fudhail bin Iyadh saat berkata, “Rasa takut kepada Allah SWT selamanya akan membawa kebaikan.”
*****
Bagaimana dengan generasi Muslim saat ini? Sayang, rasa takut kepada Allah SWT sepertinya begitu sulit tumbuh pada kebanyakan kita. Yang terjadi sering sebaliknya. Kita seolah-olah menjadi orang yang paling berani menghadapi azab Allah SWT kelak pada Hari Kiamat. Bagaimana tidak? Perilaku kebanyakan kita menunjukkan demikian. Menerapkan hukum-hukum kufur, mencampakkan hukum-hukum Allah, menerapkan hukum secara tidak adil dan berlaku lalim terhadap rakyat tak lagi dipandang sebagai maksiat. Korupsi, kolusi dan suap-menyuap tak lagi dipandang sebagai dosa. Riba, judi, dan berlaku curang dalam bisnis tak lagi dianggap tindakan salah. Mengobral aurat, bergaul bebas, selingkuh dan zina tak lagi dipandang sebagai perbuatan laknat. Demikian seterusnya. Perilaku demikian nyata sekali menunjukkan bahwa kebanyakan generasi Muslim saat ini adalah orang-orang yang berani menantang azab Allah SWT yang sesungguhnya mahadahsyat! Padahal jika ada setitik saja pada diri kita rasa takut kepada Allah SWT, kita tentu akan selalu berusaha meninggalkan semua perbuatan terkutuk tersebut.
Sepantasnyalah kita malu dengan generasi shalafush-shalih sebagaimana direpresantasikan oleh secuil kisah sahabat di atas. Bagaimana tidak. Sebagian mereka sudah mendapatkan jaminan Allah SWT untuk masuk surga. Namun, rasa khawatir dan takut kepada Allah SWT yang luar biasa sering menyelimuti sebagian besar kalbu mereka. Simaklah kembali kekhawatiran dan rasa takut Umar ibn al-Khaththab ra., salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW yang telah dijamin masuk surga, saat beliau bertutur, “Pada Hari Kiamat nanti, apabila diumumkan bahwa semua manusia akan masuk surga, kecuali seorang saja yang masuk neraka, maka aku sangat khawatir bahwa yang seorang itu adalah aku karena begitu banyaknya dosa-dosaku.”
Bagaimana dengan kita? Meski jelas kita sangat jauh lebih banyak dosanya daripada Umar bin al-Khaththab ra dan belum pasti mendapatkan ‘tiket’ masuk surga, rasa khawatir dan takut kepada azab Allah SWT sepertinya sulit tumbuh dalam diri kita. Kebanyakan kita santai-santai saja, bahkan sepertinya sudah kebal dengan rasa takut kepada Allah SWT, dan tidak khawatir dengan azab-Nya yang pasti siapapun mustahil sanggup menanggungnya.
Jika sudah demikian, sepertinya kita perlu kembali merenungkan firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi, “Aku tidak akan mengumpulkan dua ketakutan pada seorang hamba. Jika ia tidak takut kepada-Ku di dunia maka Aku akan memberinya rasa takut di akhirat. Jika ia takut kepada-ku di dunia maka Aku akan menghilangkan rasa takut pada dirinya di akhirat.”
Karena itu, benarlah Abu Sulaiman Darani saat berkata, “Kecelakaanlah bagi jiwa yang kosong dari rasa takut kepada Allah SWT!”
Lantas mengapa kebanyakan generasi Muslim saat ini begitu hampa dari rasa takut kepada Allah SWT? Tidak lain, sebagaimana dinyatakan Allah SWT sendiri, “Sesungguhnya bukanlah mata-mata lahiriah mereka yang buta, tetapi yang buta ialah mata-mata hati mereka yang ada di dalam dada.” (TQS al-Hajj [22]: 46).
Ya, kebanyakan mata hati kita memang sudah dibutakan oleh gemerlap dunia yang sesungguhnya bersifat sementara dan cenderung menipu. Akibatnya, kita tak sanggup lagi melihat pahala dan dosa, serta tak berdaya lagi menatap nikmat surga dan azab neraka yang sesungguhnya kekal dan abadi serta benar-benar ‘nyata’.
Alhasil, marilah kita kembali menajamkan mata hati!

Sunday 31 July 2011

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah tuhan semesta alam. Dialah yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah daripada segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Daripada segala dosa dan noda yang telah kami lakukan. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas Baginda S.A.W. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.